Holla! |
Tangisku............... Sabtu, 31 Mac 2012 | 0 Magic (s)
Dedikasi kepada kawan-kawanku yg amat disayangi......................
jika aku menangis,
usahlah engkau pujuk,
kerana suaramu bukanlah penawar,
pujukanmu bukanlah ubatnya.
janganlah engkau bimbang,
kerana kesedihan ini hanyalah sementara,
pasti sinar kegembiraan,
setia menungguku di penghujung dukaku.
tidakkah engkau tahu,
menangis itu bukanlah lambang kelemahan seseorang,
tapi lambang betapa lembutnya hati seseorang itu,
dan betapa besarnya rasa takut terhadap Tuhannya..........
ketahuilah engkau wahai teman,
hidup ini ibarat roda,
sekejap di atas,
sekejap di bawah.
oleh itu,
kau pasti akan merasainya jua,
namun kau tidak perlulah sombong,
untuk meminta sedikit kekuatan diri daripada-Nya
dan janganlah malu untuk menitiskan airmatamu,
wahai teman.
Sekian...............
Label: Cerita tentangku, citra bahasa, muhasabah diri |
Catat Ulasan
Assalamualaikum and thanks for reading!