//Little Sweet Girl


Holla!

1 2 3

My Baby Boo




Tinggalkan Jejak



Past Posts



Credits

© 2013 - Full Template by Anugerah Salsa and the basecode from Arrien Amani . Cute icon from Pixel.
Permulaan Yang Teruk .
Sabtu, 5 Januari 2013 | 0 Magic (s)
Hahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh . Malu !!!!! tau sebab apa ? Sebab aku kena baca ikrar depan semua murid dan cikgu-cikgu . Pastu salah pulak tu . Patutnya benda lain , tapi aku cakap benda lain . Okay , cerita sebenar dia macam ni . Masa 1st day school tu , aku beraturlah kat foyer sekolah macam biasa . Pastu ada makhluk Allah ni , cakap kat aku , " Aina , cikgu suruh kau baca ikrar " . Aku terkejut lalu terkentut . terus aku cakap , " Tak naklah " dengan muka yang begitu cemas sebab teramat takut . Makhluk Allah tu pun pegi dari pandangan aku .

Then , masa dah nak mula nyanyi lagu Negaraku tuh , cikgu tarik tangan aku , pegi kat belakang foyer . Pastu aku nyanyilah dengan muka macam ni ._. kat depan cikgu .. haha ... Pastu tibalah masa yang dinanti-nantikan . Lepas je doa , giliran aku baca ikrar .

Aku ikrar sambil pegang-pegang kain aku sebab takut . Tapi , memula tu aku baca lancaaaaaaaaaaar je . Time yang Kedaulatan undang undang  tu , aku pegi cakap Kedaulatan kepada Negara sebab terlampau gementar . So , merepek merapu sume keluar . Hanya Allah je yang tau macam mana perasaan aku . Haishhhhhh sabor je lah -.-'

Aku turun dari pentas dengan muka yang teramat tebal , setebal Kamus Dewan Bahasa . Haha XD .. Naik je kelas , terus aku buat muka biasa . Memandangkan dah takde tempat nak duduk , dan aku paling last kat dalam barisan , aku kena lah duduk belakang .Kat tempat yang aku duduk tu , aku tiga meja . Aku duduk ngan kengkawan aku lah . Yang peliknya , tempat kitaorang je yang ada tiga meja , yang lain dua meja which means duduk berpasangan . Tapi aku biarkan jelah and chilax . Then , cikgu BM aku masuklah . Cikgu pun ajarlah apa-apa yang patut . Tetiba cikgu cakap , " Saya  tak sukalah 3 orang kat belakang tu . Macam juri pulak . Yang lain dua . Awak je yang tiga . " Adoi malu tahap super . Super malu !!!!!!!!!!!  Dengan muka yang tertunduk , aku ngan kengkawan aku pisahkan meja jadi dua dan satu . 

Tapi kesedihan tak berpanjangan . Allah sentiasa memberi pelangi di akhirnya . Habis je sesi sekolah kebangsaan , aku bersiap pulak pergi sekolah agama . So , result UPKK dah keluar !!!!!!! Alhamdulillah , aku dapat 8A !!! Aku memang dah nak menangis , meraung , sume benda aku buat ... haha XD ... aku banyak soalan aku hentam , tapi dapat jugak 8A . Praise to Allah :) Adalah jugak tambahan untuk aku tunjukkan bila nak masuk TKC nnti .... :)

3 hari dah berlalu .... Hari Sabtu ni pulak ada Mesyuarat Agung Unit Beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan .. Masa nilah untuk melantik organisasi badan beuniform dan sebagainya . Aku datang ke sekolah demi TKC . Tau sebab apa ? Sebab nak rebut jawatanlah ... apa lagi ... nilah masanya untuk bolot semua sijil - sijil dan markah yang tinggi dalam penglibatan kokurikulum bagi mengukuhkan kemasukan ke Tunku Kurshiah College !!!!! 







cikgu bagi penerangan kat depan 








Cikgu - cikgu yang hadir






pelajar perempuan beratur posing pandang kamera XD 




Masa pagi - pagi tu semua orang beratur ikut tahun masing-masing . Pastu dengar arahan cikgu and semua lahh . Cikgu agihkan tempat untuk badan beruniform dulu , pastu sukan & permainan . last sekali baru kelab dan persatuan . Seperti sedia maklum , aku memang ahli Pandu Puteri Tunas . So , semua ahli Tunas Puteri kena gerak ke kantin . Jadi bermulah perlantikan jawatan berdasarkan undian . And , aku jadi Naib Pengerusi !!! Alhamdulillah and praise to Allah :) Bertambahlah sijil aku bhahaha .

Habis je mesyurat untuk badan beruniform , terus aku pergi ke 4 Cerdas untuk mesyuarat sukan & permainan . Aku adalah ahli kelab bola tampar yang sangatlah sikit ahlinya . Tak tahulah kenapa tak ramai orang . Mungkin sebab orang tak tau main atau tak berminat , I don't know . Undi punya undi punya undi , aku dapat jadi Pengerusi !!!!!! Alhamdulillah and praise to Allah again :)

Dah 10 : 30 pastu rehat ... Menu aku macam biasa , makan dadih guna straw :) my special menu haha XD . Ramai orang kata pelik but not me . Habis je rehat , terus pergi surau di blog tahun 6 bagi mesyuarat kelab Agama .  Nabilah ( kawan aku ) kata aku macam ustazah sebab masuk kelab agama . Hok aloh sebab tu je XD . Aku jadi Naib Pengerusi lagi !!! Alhamdulillah and praise to Allah again and again :D . 

Maka tamatlah mesyuarat untuk semua unit kokurikulum bila jam aku dah menunjukkan pukul 12 tengah hari . Aku pun balik dengan muka yang tak boleh belah hati yang gembira lagi bersyukur ... :)




Label:

Catat Ulasan


Assalamualaikum and thanks for reading!


Newer Post
Older Post