//Little Sweet Girl


Holla!

1 2 3

My Baby Boo




Tinggalkan Jejak



Past Posts



Credits

© 2013 - Full Template by Anugerah Salsa and the basecode from Arrien Amani . Cute icon from Pixel.
Unless ..
Jumaat, 14 Jun 2013 | 0 Magic (s)


Ok, hari ni aku rajin tetiba rajin sangat buat post banyak .Termasuk ni , dah 3 post aku taip . Cerita pasal kejatuhan mental kerana tohmahan - tohmahan yang dilemparkan macam kasut . Sakit .

You know , masa peperiksaan bulan Mac dulu aku dapat no.2 daripada sebelum-sebelum ni , aku dapat no. 1 . Aku bukan nak berlagak , tapi nak menunjukkan bahawa manusia sememangnya kejam . Ramai gila orang kritik aku macam - macam . Antaranya , " Sekarang ni , Marsya pulak yang paling pandai dalam sekolah ni " and " tahniah Aina , sebab dapat no. 2 " sambil meningkatkan volume suara time part ' no.2 ' tu -.- dan macam - macam lagi yang amat menyakitkan hati . Sebelum ni , takde pulak kau nak puji aku , and sekarang , kau gembiralah dapat kritik aku ? Sepatutnya bagi nasihat kat aku untuk usaha kuat lagi or sabar , bukan kritik . Aku memang rasa ' berasap ' je hati ni kan , tapi nak buat camne , Allah dah bagi ujian kat aku . And now , I need to face it , not run from it .


Aku selalu pujuk hati aku jangan sedih sebab aku tahu Allah sentiasa bersama aku dan aku sememangnya ada Allah . La tahzan , Innallaha maa'na . Sentiasa sabar dan usaha lebih lagi untuk peperiksaan pertengahan tahun . Hari berganti bulan , bulan berganti tahun , tahun pulak lari berganti 4 X 200 m . Hehehe ;)

Peperiksaan pertengahan tahun pun tiba dan aku sememangnya bersedia untuk membalas dendam . Not dendam actually , tapi cuma tanggapan orang bahawa aku memang tak boleh bangkit semula . Time dapat keputusan , Ya Allah sememangnya setiap ujian ada hikmah . Hikmah yang indah ;) Alhamdulillah Ya Allah ! Akhirnya , apa yang aku usahakan , dah dapat hasilnya . Aku dapat buktikan kepada semua orang bahawa aku boleh bangkit semula mendapat semula apa yang aku terlepas dulu .

Dan kini , aku tengah maintain kan apa yang aku tengah pertahankan sekarang . Tolong doakan aku istiqamah ye ? :)

p/s : Sekarang jumlah kucing aku kat rumah dah ada 14 ekor !!! Happy ~ Sume comel-comel :) 

Catat Ulasan


Assalamualaikum and thanks for reading!


Newer Post
Older Post