Holla! |
Hodoh Tak Bermakna Malang . Khamis, 24 Januari 2013 | 0 Magic (s) صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Semoga kita di dalam golongan orang yang mencintai Baginda, dengan sentiasa berselawat dan mengamalkan sunnahnya . Aamiin :) Berbalik kepada tajuk , hari ni aku nak citer pasal kecantikan / rupa paras . Biasanya kita tengok ramai manusia sekarang mempunyai rupa paras yang cantik , putih melepak , bulu mata lentik or rambut yang ikal mayang which means tak tersekat di skala enam XD . Wokayh , selalu orang berwajah cute / cantik ni asyik kena puji sana , puji sini . Orang yang kurang nak cantik ni pulak pandang lantai je , malu nak tunjuk muka .
Sama jugak dengan aku . Malu nak tunjuk muka hitam macam papan hitam ni . But , aku bersyukur gila dengan muka aku yang begini 'cantik' ni . Why ? Because , Saidatina Aisyah RA berpesan ; "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang " . So , manalah ada lelaki nak memandang aku dan sudah pastinya aku tak nak memandang lelaki sebab malu nak tunjuk muka >< .
Aku tengok orang-orang hot kat sekolah aku sering menjadi pandangan lelaki ajnabi sama ada dalam kelas or mana-mana je .Nama pun cantik , mestilah menjadi tatapan kann . Sampaikan cikgu praktikal yang ajar PJ ( lelaki ) aku pun tak kenal aku . Masa dia dah tamat tempoh mengajar kat sekolah aku , tiba - tiba cikgu cakap " eh , tak pernah pun tengok awak pun kat dalam kelas nih ? Ponteng eh ??? " aku senyum je padahal dalam hati cakap " cikgu baru sedar aku wujud dalam kelas ni ? Sedangkan aku selalu datang kelas , cikgu kata aku ponteng " . Mana tak nya , asyik layan bebudak hot je , mana nak kenal aku . Huhhh .
Dan disebabkan wajah aku nilah , takdelah bebudak lelaki nak ajak couple or what so ever . Ye , aku memang pernah suka kat bebudak lelaki kat sekolah aku . But tu dulu , and now i've repented (broken english XD ) . Memang tak dinafikan , aku dulu memang tak sedar diri . Suka mamat tulah , pandang - pandang laki tulah inilah . Now I know it's haram :) aku dah sedar siapa aku sekarang dan apa yang tak patut aku lakukan macam dulu . Serious , bila aku flashback balik hidup aku masa darjah 4 dan sebelumnya , memang memalukan .
Aku nak nasihatkan di sini ialah , jangan jadi gedik macam aku wahai perempuan - perempuan yang tak berapa nak cantik . Why ? Sebab bagi aku , perempuan yang tak berapa nak cantik menggedik dengan lelaki sangatlah teruk . Betul , serious aku cakap . Please , jangan jadi . Cuba jaga maruah sampailah akad nikah time besar nanti . Sementara tu , biar Allah jaga hati korang dulu :)
Moral of the story : Jangan sangka diri kita ( orang yang tak berapa cantik ) adalah orang paling malang dalam hidup ni . Pasti ada hikmahnya . Paling penting , sentiasa bersyukur kerana Allah jadikan kita macam ni sebab nak lindungi kita dari melakukan maksiat dan menjadi muslimah yang sentiasa tawadhu' . In shaa Allah :)
p/s : Till then , see ya ! Assalamualaikum . * Akhiri post dengan selawat ke atas junjungan kita , Nabi Muhammad S.A.W :) *
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
Catat Ulasan
Assalamualaikum and thanks for reading!