//Little Sweet Girl


Holla!

1 2 3

My Baby Boo




Tinggalkan Jejak



Past Posts



Credits

© 2013 - Full Template by Anugerah Salsa and the basecode from Arrien Amani . Cute icon from Pixel.
Ya Rasulullah, Layakkah Kami Menjadi Umatmu?
Jumaat, 25 Januari 2013 | 0 Magic (s)
Ma shaa Allah .. bila dengar je cikgu suwaibah baca puisi ni , sedih hati dengar .. namun tak sanggup nak menangis depan orang ramai , so dalam hati jelah . Tapi , serious aku sedih , sebak ... terkenang kekasih Allah , jasanya juga pengorbanannya ... tambah pulak dengan muzik sedih yang cikgu dendangkan melalui radio yang cikgu suwaibah bawak ... tambah pilu .... kalau korang dengar secara live pagi tadi , mesti korang nangis punya ... nilah puisi yang cikgu suwaibah  baca pagi tadi...


Ya Rasulullah,
kekasih Allah yang dimuliakan, 
Kau telah lama pergi meninggalkan kami,
namun peninggalanmu memberi kesan besar didalam hati kami,

Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan Al-Quran untuk menjadi rujukan kami,
Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan sunnahmu untuk menjadi pedoman kami,
Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan akhlakmu untuk kami contohi,
Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan sahabat-sahabatmu untuk kami ikuti,
Ya Rasullullah,
Kau meninggalkan pewarismu,
para ulama' yang kami pelajari..

Ya Rasulullah,
kami menyanjung betapa hebatnya kerajaan Islam yang dibina umatmu dahulu,
Ya Rasulullah,
Kami menyanjung betapa luasnya empayar Islam yang dibina umatmu dulu,
Ya Rasulullah,
Kami menyanjung betapa hebatnya keberanian umatmu melawan musuh tanpa getar..

Ya Rasulullah,
Namun, segala-galanya telah ditenggelami zaman,
Ya Rasulullah,
Umatmu disana menderita,
dianiayai bangsa yang pernah kau sebut dahulu,
Ya Rasulullah,
Umatmu disini hanya mampu melihat penderitaan mereka,
Ya Rasulullah. 
Alangkah malunya jika kau melihat apa yang umatmu sedang lakukan kini,
Kami terlampau sibuk mengejar cita-cita,
mengejar seberapa banyak harta yang mampu dikaut,
Tak tertahan tergoda dengan hawa nafsu yang rakus,
mengejar cinta yang tiada kepastian,
Tak terdaya melindungi kaum muslimah,
terhimpit dengan sifat jahiliyah yang pernah kau perangi dahulu,
hanyut dalam permodenan hidup,
obses dengan hiburan melampau,
asyik dengan pemujaan 'berhala moden',

Ya Rasulullah,
Kami benar-benar bagaikan buih-buih lautan seperti dikatakan kau,
Ya Rasulullah,
Kami benar-benar berdusta dengan risalah yang dibawamu,
Ya Rasulullah,
Kami berasa sangat malu untuk bertemu denganmu kelak,
Ya Rasulullah,
Kasih sayangmu kepada kami tidak terbalas,
Ya Rasulullah layakkah kami menjadi umatmu??


p/s : kalau korang hayati betul-betul , in shaa allah korang menangis . :')

Catat Ulasan


Assalamualaikum and thanks for reading!


Newer Post
Older Post