Holla! |
Apabila Budak Kecil Nasihat Imam Abu Hanifah Ahad, 16 Jun 2013 | 0 Magic (s)
* gambar sekadar hiasan . Tapi begitu menginsafkan aku untuk solat awal waktu . hukhuk T.T
Memang tidak dinafikan, kita memang agak sukar menerima nasihat lebih-lebih lagi jika nasihat itu diberikan oleh orang yang lebih muda daripada kita. Kita menjadi begitu kerana menganggap mereka sebagai orang yang kurang ‘makan garam’ berbanding kita. Namun sebenarnya kita perlu mempunyai sifat hati terbuka untuk menerima nasihat, seperti mana yang dilakukan oleh Imam Abu Hanifah. Apakah nasihat tersebut? Al-Imam Abu Hanifah r.a. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : ”Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti.“ Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?” Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : “Namaku Nu’man.“ “Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?” budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah. al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : “Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya.” Budak itu lalu menjawab : “Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga.” Menangis al-Imam Abu Hanifah r.a mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut. Allahu Allah.. Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini… Terima Kasih atas baik sangka orang kepada kita... p/s : Allahuakbar ... Mulianya budi pekerti Imam Abu Hanifah .. Aku sendiri keras hati tak nak menerima nasihat sebab malu orang tegur kita . Rasulullah pernah bersabda : "Dengarlah nasihat daripada sesiapapun walaupun dia seorang pelacur." Allah T.T |
Catat Ulasan
Assalamualaikum and thanks for reading!