Holla! |
Cerpen : Tolong Bagi Tajuk :) Selasa, 8 Oktober 2013 | 0 Magic (s) ******** Doktor menggeleng sebaik aku tiba di hadapannya . Kulihat sekujur tubuh dilitupi kain putih di atas katil . Kaku . Air mataku mengalir laju ibarat sungai yang tidak henti-henti mengalirkan air deras . Hanya aku di situ . Keseorangan memikirkan bagaimana kehidupanku dapat diteruskan tanpa ibu . Jika diharapkan ayah untuk menjagaku , sudah pasti ditolaknya . Alasannya ibu tiriku akan memarahinya jika dia berbuat demikian . Aku pasrah dan redha kerana aku tahu Allah sedang mengujiku . Bukan aku tidak biasa hidup tanpa lelaki bernama ayah . Begitu juga ibu semenjak ayah curang kepadanya 2 tahun yang lalu . Ayah berkahwin secara senyap tanpa diketahui ibu . Namun , tembelang ayah pecah apabila ibu tiriku memarahi dan menyuruh ibu agar meninggalkan ayah . Dia juga menyatakan bahawa ibu menjadi penghalang cinta ayah terhadapnya . Oleh kerana terlalu sedih , ibu menjadi begitu murung dan sering menyendiri . Ditambah pula ibu turut menghidapi barah otak semanjak 3 tahun yang lalu , menambahkan beban yang ditanggung . Sebenarnya , ibu seorang yang amat penyayang , baik hati , pandai memasak , bijak , pandai menjaga hati dan amat pemurah dengan senyuman . Masih segar di ingatan , waktu aku masih kecil , ibu selalu membacakan kisah-kisah tentang junjungan Nabi Muhammad . Ibu juga bijak dalam mendidikku menjadi muslimah solehah . Ibu tegas tetapi penyayang . Namun , tidak tahu di mana silapnya , ayah tetap memilih wanita itu berbanding ibu . Sejak kehilangan ibu , aku menetap bersama ibu saudaraku dan seorang anak perempuannya . Suami Mak Usu sudah lama meninggal dunia , kira-kira 3 tahun yang lalu . Mak Usu langsung tidak berhasrat untuk melangsungkan perkahwinannya buat kali kedua kerana terlalu sayang dan tidak sanggup menggantikan tempat suaminya tercinta . Sikap Mak Usu mirip ibu , begitu juga wajahnya . Mak Usu dan anaknya begitu senang dengan kehadiranku . Tidak pernah mengeluh malah mengungkit jasa mereka . Hubungan aku dan Melissa , sepupuku sangat akrab ibarat adik-beradik . Umur kami pula sebaya , menambahkan lagi kasih sayang antara kami berdua . Namun , kusangkakan panas hingga ke petang , rupa-rupanya hujan di tengah hari . Ketika umurku mencecah 20 tahun , aku telah dihalau dari rumah Mak Usu . Aku dituduh menjadi dalang pertunangan antara Melissa dan tunangnya terputus . Aku tidak tahu-menahu apa , jauh sekali menjadi perosak hubungan mereka . Namun , rezeki Allah ada dimana-mana . Aku telah diterima bekerja separuh masa di sebuah kedia sebagai juruwang . Cukuplah aku menampung makan minum , pakaian dan rumah sewaku . Aku terpaksa berpuasa dan berikat perut , demi menyara pembiayaan universitiku dan kehidupanku . Aku redha dengan ketentuan Allah kerana ku tahu pasti ada hikmah indah disebalik ujian yang ditimpa . ************************* Tidak selamanya matahari akan berlindung disebalik awan hitam , akhirnya aku berjaya menamatkan pelajaranku dengan segulung Ijazah . Pada tahun yang sama juga , aku telah berjumpa dengan seorang lelaki yang 2 tahun lebih tua daripada aku , iaitu suamiku . Perkenalan selama 2 bulan dan pertunangan selama 1 bulan diakhiri dengan pernikahan . ******************** Humaira' berlari-lari anak menuju kearahku yang sedang mengelamun . ' Ibu , jom balik . Dah nak dekat Maghrib ni . Banyak syaitan la ' . Petah bicaranya walaupun baru berusia 4 tahun . Aku tergelak sambil mengangguk . Aku memimpin tangan Humaira sambil berjalan menuju ke keretaku . p/s : Ok , ni sememangnya buatan saya . Siryes tak tipuu . Tapi nampak cam pelik kan sebab cerita dia macam orang dewasa yang buat . Cerita dia pun tak berkisarkan hidup kanka-kanak . Tak kisahla . Tapi alhamdulillah dapat habiskan my first cerpen setelah berbulan-bulan tertangguh -.-' Saya tak tau nak buat tajuk apa , tolong bagi idea ehh ? :) |
Catat Ulasan
Assalamualaikum and thanks for reading!