//Little Sweet Girl


Holla!

1 2 3

My Baby Boo




Tinggalkan Jejak



Past Posts



Credits

© 2013 - Full Template by Anugerah Salsa and the basecode from Arrien Amani . Cute icon from Pixel.
BAB 1 - Permulaan yang Teruk
Sabtu, 24 Ogos 2013 | 0 Magic (s)

BAB 1 - Permulaan yang Teruk


Gadis serba biru itu keluar dari kereta Proton Saga sambil menggalas begnya yang berwarna ungu . Kelihatan beberapa orang murid berseragam sekolah melintasi jalan raya yang masih lengang pada pagi itu. Insyirah berjalan dengan wajah muram . Hari pertama sekolah adalah hari yang paling dibencinya . Dia mahu terus terperuk di rumah dan bermain permainan online di komputernya . Mahu tidak mahu , dia tetap harus pergi ke sekolah .

Insyirah berjalan longlai menuju ke kelas 6 Cekal yang terletak di blok Cempaka . Tiba-tiba , dia terserempak dengan Huda dan Naurah , rakan-rakan baiknya ketika dia berada di darjah 5 . Mukanya bertukar gembira sambil memeluk Huda dan Naurah yang turut gembira . Beberapa murid yang turut berada di situ memandang mereka dengan wajah yang pelik . " Insyirah , sudah lama tidak berjumpa dengan kamu ! Kami amat rindu pada awak , tahu ," kata  Huda . " Saya pun rindu pada kamu berdua . Bertuahlah kamu , rumah kamu berdekatan dengan satu sama lain . Bolehlah berjumpa setiap hari . Rumah saya pula nun jauh di Nilai ," kata Insyirah , pura-pura sedih . " Janganlah bersedih . Bukan salah kami mempunyai rumah berdekatan dengan satu sama lain . Itu sudah ditakdirkan ," kata Naurah sambil ketawa .

 Ketiga-tiga rakan baik itu berjalan beriringan menuju ke dewan terbuka sekolah untuk menghadiri perhimpunan mingguan . Matahari pula mula menunjukkan dirinya setelah lama menyorokkan diri di sebalik awan.

************

Kelihatan murid-murid tahap 2 Sekolah Kebangsaan Bandar Baiduri sedang beratur mengikut kelas dan aliran masing-masing .  Insyirah dan Naurah selaku pengawas mengawal murid-murid dan mengatur mereka mengikut barisan . Pengawas-pengawas lain pula sibuk melakukan tugas masing - masing dengan penuh tanggungjawab . Suasana pula semakin gamat dengan suara murid-murid yang semakin memenuhi ruang dewan . Manakan tidaknya  , murid-murid sibuk berbual tentang perkara-perkara yang berlaku pada cuti sekolah tahun lepas . Tidak kurang , ada yang mencuit-cuit rakan dan mengelamun sendiri . 

Tepat pada pukul 7.30 , perhimpunan bermula . Cikgu Norazila sebagai pengacara majlis memulakan bicara . Murid-murid pula diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku , Negeri Selangor dan lagu sekolah . Tiba-tiba , Insyirah didatangi oleh seorang pengawas lelaki seumur dengannya . " Insyirah , Cikgu Zainab meminta kamu untuk membacakan ikrar ," katanya . Insyirah terpinga-pinga dan terkejut dengan arahan yang baru diterimanya . ' Bagamaina ini ? Sudahlah aku ini takut untuk naik ke atas pentas . Inikan pula membaca ikrar . Sudahlah di hadapan seluruh murid-murid .' Katanya , hanya di dalam hati . Mahu tidak mahu , dia harus tetap mematuhi arahan Cikgu Zainab memandangkan beliau merupakan guru pengawas .

"Maka kami rakyat Malaysia , berikrar , akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut ," ikrar Insyirah dengan suara yang menggigil . Murid-murid lain turut membaca ikrar sambil mengangkat tangan . " Kepercayaan kepada Tuhan , Kestetiaan Raja dan Negara , err ." Ketakutan Insyirah mula memuncak sehingga dia terlupa akan Rukun Negara . guru-guru lain pula mengingatkan dan membetulkan bacaannya . Dia kelu dan malu untuk berbicara . Kemudian , dia menyambung ikrarnya dengan suara yang terketar-ketar . Sekali lagi , dia tersasul . Beberapa murid lelaki memberikan senyuman sinis kepadanya . Insyirah hanya mampu menunduk malu .

Seusai membacakan ikrar , Insyirah turun dari pentas dengan wajah yang malu dan masam mencuka . Pelajar-pelajar lain turut memandangnya sambil berbisik-bisik . Jika mampu , mahu sahaja dia lari pulang ke sekolah dan menangis di bawah katil . Dia menuju ke barisan tahun enam lalu duduk di sebelah Huda dan Naurah . Insyirah memandang mereka dengan wajah sayu kerana begitu malu . Matanya mula berkaca namun segera dia menahan . Huda dan Naurah hanya mampu menenteramkan Insyirah yang hanya tunduk membisu .

************

Sambungan bab 1 akan menyusul ;) Ok , ayat saya memang tak best , tapi saya cuba yang terbaik . Ehh lagipun , saya newbie dalam pembuatan novel ni :3 Kamsahamnida sebab sudi baca :)

Catat Ulasan


Assalamualaikum and thanks for reading!


Newer Post
Older Post