//Little Sweet Girl


Holla!

1 2 3

My Baby Boo




Tinggalkan Jejak



Past Posts



Credits

© 2013 - Full Template by Anugerah Salsa and the basecode from Arrien Amani . Cute icon from Pixel.
D.i.l.e.m.a -.-'
Sabtu, 20 Julai 2013 | 0 Magic (s)

Kuchen saya ;) Gambar takde kena-mengena ehh ;)

*Berhabuk* Maklumlah , dah lama tinggalkan blog semenjak percubaan UPSR pertama dulu . Alhamdulillah , everything is fine and good ( berterabur hikhok ) . Keputusan pun dah keluar and I passed with flying colours !! Alhamdulillah !!! ;) And now , baru habis percubaan kedua . Susah . 40% lagi susah daripada percubaan pertama dulu . Maklumla tak baca buku .. haha :P 

Semalam ada taklimat E-Menengah . Maklumlah , ambe kan nak masuk Form 1 . Mestilah kena siap sedia kan ? Hmm cikgu citer pasal macam - macam la . Dari cara permohonan hinggalah tarikh kemasukan . Cikgu ada cerita pasal SBP , sekolah aliran agama dan macam-macam lagi . Yang menjadi dilema yang teramat sangat adalah , tarikh keluar keputusan permohonan SBP lagi awal daripada MRSM . Pastu pulak , kalau seseorg tu dah diterima masuk ke SBP , namanya akan dipotong darpada senarai MRSM . What ? Aku bercadang nak mintak kedua-duanya sebab takut kalau tak, dapatla salah satu . Tapi aku nak sangat masuk MRSM , gila-gila nak .

Tapi aku takut tak dapat . Tapi kalau dapat ? How , How ? !! Melepas pulak aku dapat masuk MRSM tapi dah terterima SBP . So , aku tanya kat my beloved teacher ,  iaitu Cikgu Suwaibah a.k.a bonda , pasal MRSM tu . Cikgu kata , kalau dapat SBP , masuk je sebab takut tak dapat MRSM . Bertambah-tambah dilema . Pastu aku tanya lagi , apa beza MRSM dengan SBP . Cikgu kata , banyak , memang banyak . SBP ni just macam sekolah harian tapi hanya tambah asrama je . MRSM ni dia special sikit . Dahla banyak program pastu macam-macam lagi la yang best . Dilema aku semakin beranak-anak . Keterujaan aku nak masuk MRSM semakin banyak cucunya -.-

Otak aku pening . Tak tau nak pilih mana satu -.-' . Dan aku rasa , the best solution ialah tanya Allah . Buat solat sunat istikharah kan ? Tak semestiknya pasal jodoh je eh ok ok . 

p/s : Cadang lepas ni kalau tulis post , ganti 'aku' dengan 'saya' . Rasa macam bersalah pulak tulis aku -.-'









Catat Ulasan


Assalamualaikum and thanks for reading!


Newer Post
Older Post