//Little Sweet Girl


Holla!

1 2 3

My Baby Boo




Tinggalkan Jejak



Past Posts



Credits

© 2013 - Full Template by Anugerah Salsa and the basecode from Arrien Amani . Cute icon from Pixel.
Apa yang mampu kita buat ?
Rabu, 21 November 2012 | 0 Magic (s)
Melihatkan keadaan saudara kita di Gaza , apa yang korang rasa ? Sedih ? Biasa ? Gembira ? atau goyang kaki je ? Ya Allah , sedih bila tengok org ISLAM di Malaysia , menyokong kehancuran saudara kita di Gaza tanpa mereka sedar iaitu dengan mengambil hidangan free kat mcD....

Diorang ni tak tahu ke yang diorang ni tgh menyumbang kepada kehancuran Gaza ??? Diorang ni tak sedar ke yang diorang ni sedang membantu Zionis Laknatullah membunuh kanak-kanak di Palestine ??? Ya Allah T.T .... apa yang mereka makan itu sudah menjadi darah daging mereka ..sudah pun sebati dengan qalb ( hati )....Tidak takutkah nanti daging itu bersaksi di padang mahsyar atas kesalahan yang mereka lakukan .... masya-Allah .... nauzubillah ....

Kita di Malaysia , tak mampu berjihad bersama mereka ... tak mampu membaling batu bersama kanak-kanak di sana .... tak mampu mati syaheed bersama mereka ... Israel akan tumbang jika ekonomi mereka menurun ( dengan mendadak ) .... oleh sebab itu , kita amat amat amat amat disuruh memboikot barangan mereka semampu yang boleh bagi menghentikan kejahatan mereka ....

Juga , ingatah bahawa doa merupakan senjata mukmin .... Allah itu maha pemurah , oleh itu , panjatkanlah doa terhadap umat Islam di Palestine yang tertindas di atas bumi mereka sendiri ataupun kehancuran Zionis Laknatulah yang menindas rakyat Palestine sesuka hati mak datuk nenek mereka...


                                Doa Binasakan Tentera Yahudi Laknatullah ( Ustaz Azhar Idrus )

Kepada yang berkemampuan , boleh juga mendermakan sedikit sebanyak duit kepada mereka di Gaza ... walaupun seringgit dengan hati yang ikhlas memberi , barakah dan pahalalah ganjaran mereka , In Shaa Allah :) Kita boleh menyumbang di tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief dan tabung amal yg lain ....

Oleh itu , jangan sesekali pekakkan telinga , tulikan mata pura-pura tak tahu dan tak ambil peduli tentang mereka yang tertindas di sana ! Jangan sampai jasad mereka yang hancur menjadi benteng pertahanan al-Aqsa itu menuntut penyaksian balik di padang mahsyar . Kelak , didepan Tuhan mereka  bertanya kepada saudara seagamanya yang lain , " Apa yang kalian lakukan dulu untuk mempertahankan al-Aqsa kita ???Sokong atau khianat ?? kami bermati-matian disini , sanggup kalian memerhati di sana , goyang kaki bersenang lenang ??? "

Apa yang bakal kita jawab nanti ??? Pasti kita akan tertunduk malu atas kesalahan kita SENDIRI ! Malu , malu terhadap mereka yang straight je masuk syurga kerana mereka syaheed ketika berperang menentang musuh agama kita ! Jangan kata kita sibuk , tiada masa sehingga kita tak mampu tahu sedikit mahupun sekecil zarah tentang apa yang berlaku di sana ... jangan , sesekali jangan ! Kita bukan cacat sehingga kita tidak mampu berfikir sendiri ... Muhasabah .... Tarbiyah diri .... 



p/s :  Gaza , you're not alone ... I'm with you ! 














Label:

Catat Ulasan


Assalamualaikum and thanks for reading!


Newer Post
Older Post