Holla! |
Maksud Disebalik Jampi Harry Potter Sabtu, 24 November 2012 | 2 Magic (s)
Korang pernah tengok cerita harry Potter ??? alah , yang terbang-terbang , sihir-sihir ... tulah dia .... disebalik sumpahan-sumpahan bebudak kat sekolah Hogwarts ( pelakon dia maa ) ada maksud dia tau....jangan amakan aksi ini di rumah , nnti tak pasal-pasal keluar surat khabar Metro .
'Accio’
Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arah anda. Dan seterusnya. Kata ‘Accio’ ternyata berasal dari bahasa Latin yang ertinya ‘Aku memanggil.
‘Avada Kedavra’
Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Ibu bapa Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ bererti ‘I will destroy as I speak’. Bunyinya hampir dengan…‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.
‘Crucio’
Ini juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyiksa. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ ertinya ‘saya menyiksa’.
‘Expecto Patronum’
Jampi penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor. Jampi ini diambil dari bahasa Latin iaitu ‘expecto’ yang bermaksud ‘menunggu/berharap’, dan ‘patronus’ yang ertinya ‘pelindung’. Jadi kurang lebih expecto patronum itu ertinya ‘menunggu datangnya pelindung’.
‘Expelliarmus’
Ini jampi terhebat Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang maksudnya ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang maksudnya ‘senjata’.
‘Impedimenta’
‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin maksudnya ‘halangan’. Jampi ini biasa dipakai untuk membuat rintangan demi memperlambat pergerakan musuh.
‘Lumos’
‘Lumos’ maksudnya ‘cahaya’. Jampi inilah yang dipakai sekiranya mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala seperti lilin.
‘Rictusempra’
‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang maksudnya ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ bermaksudmulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh jadi terus menerus tertawa.
‘Sectumsempra’
Jampi ini adalah berlawanan dengan rictusempra. Kesannya bukan ketawa, tetapi luka-luka, kerana dalam bahasa Latin, ‘sectum’ bermaksud ‘melukai/mencederai’.
‘Stupefy’
Ini juga salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi kesannya tidak mendatangkan kecederaan. Cuma menjadikan musuh/mangsa menjadi bingung dan pening sahaja. Dalam bahasa Inggris, ‘stupefy’ ertinya ‘pening’.
‘Wingardium Leviosa’
Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda terangkat dan terapung di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggeris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggeris) yang bermaksud sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang maksudnya langit. Sedangkan leviosa berasal dari bahasa Latin, levare, yang bermaksud mengangkat/mengambil.
Credit : http://billyinfo.blogspot.com/2012/09/maksud-disebalik-jampi-ahli-sihir-harry.html#axzz2D9Un0hfR
Label: Cerita tentangku |
nak copy boleh ?
boleh .... :)
Catat Ulasan
Assalamualaikum and thanks for reading!