Holla! |
Alhamdulillah Ya Allah ! ♥ Sabtu, 16 November 2013 | 0 Magic (s) Alhamdulillahalhamdulillahalhamdulillah ! Akhirnya setelah 6 tahun , usaha aku membuahkan hasil :') Sangat - sangat bersyukur kepadamu , Ya Allah :D Time ambik keputusan tu , aku tak menangis tapi rasa terkedu la . Hehe . Terima kasih kepada guru-guru Sk Jalan Enam yang ajar saya dari saya darjah 1 sampaila dah besar gedabak , darjah 6 . Antara guru yang banyak membantu saya ;
Semua cikgu saya sayang tapi yang kat atas ni special sikit hihi . Tak lupa jugak kepada my parents . Banyak memberi dorongan , sokongan dan macam-macam la . Mereka ni awesome tau . Luv them so much . Muahhhh :* Alhamdulillah untuk segalanya , Ya Allah ! Tapi dalam kegembiraan ada kesedihan . Berat hati nak tinggalkan Sk Jalan Enam yg tercinta . Macam Cikgu Noriah cakap " Sk Jalan Enam yg kucingtaik ( kucintai ) " hehehe . * Jangan bash please hahaha * Ni dah masuk second day cuti sekolah . Walaupun baru 2 hari , rasa macam 2 minggu . Rindu gila kat kawan-kawan aku . Rindu kena ejek . Rindu kena kacau . Rindu kena sakat . Rindu gelak sama-sama . Rindu semua benda . Apabila ternampak papan tanda McD , Apabila terlihat tin A&W , Nadhira , Nabilah , Emy , Marsya , Maathirah , Nadhilah , Arissa , Balqis , Amirah , Adila dan semua girlfriends aku yg lain , aku rindu diorang . Berat nak lepaskan diorang . Aku menangis teruk gila time majlis perpisahan haritu . Aku peluk diorang ketat-ketat , bagitau diorang " aku sayang kau , jangan lupakan aku , doakan aku " . Sebak . Nasib baik sempat ambik signature 6 Cekal . Sign kat baju lagi youuu hahahaha . Kehidupan aku pada mulanya kosong , tanpa warna-warni . Sama macam baju ni . Tapi sejak korang datang , korang mewarnai hidup aku dengan pelbagai warna . Ada yg gelap , ada yang cerah . Thank you for everything , guys :') Nama geng aku kat skolah . Cute tak nama cute tak ? Hewhew :D Ahli kumpulan terdiri daripada semua pelajar perempuan kelas 6 Cekal . Kesimpulannya , Insyaallah aku takkan lupakan korang . Hope korang pun sama . Apa pun yg terjadi , kita tetap BFTJ , forever and ever and ever . Bila dah masuk sekolah masing-masing tahun depan , jangan sombong plak ngan aku ok . Hehe Insyaallah , aku pun sama . Ya Allah , hindarilah aku dari penyakit amnesia . Aku tak mahu kenangan-kenangan indah aku hilang , hilang begitu saja :') Aku sayang korang selamanya , insyaallah .
yang belah kanan tu Nadhira . Comeyy kan dia ? Cam Kak Ton hahaha gurau2 XD
dari kiri ; aku , Nadhira , Nabilah , Aisyah , Arissa :)
dari kiri ; aku , Nisa , Nadhira , Aina Syuhada , Nabilah , Aisyah
|
Catat Ulasan
Assalamualaikum and thanks for reading!