//Little Sweet Girl


Holla!

1 2 3

My Baby Boo




Tinggalkan Jejak



Past Posts



Credits

© 2013 - Full Template by Anugerah Salsa and the basecode from Arrien Amani . Cute icon from Pixel.
Allah, andai saya pergi...
Ahad, 14 September 2014 | 0 Magic (s)
Allah.. andai saya pergi,
biarlah saya pergi apabila segala perkara telah selesai.
Andai saya pergi, izinkan saya diingati dengan kebaikan yang saya tinggalkan…
Andai saya pergi, izinkan semua mengingati saya lalu mendekatkan mereka kepada Mu Allah…
Andai saya pergi ,Allah ,
ambillah diri ini dalam keadaan iman yang terbaik.
dalam keadaan dan saat , saya bersedia untuk bertemuMu Allah…
saya sayang keluarga.. kawan-kawan kerana Allah..
saya ingin mereka mendekatiMu…
saya mungkin tak mampu mengajak.
tapi izinkanlah dengan melihat dan mengingati saya,
membuatkan mereka mengingati dan mendekatiMu Allah…
Allah…
andai tinggal aku di dunia ini, semakin bertambah dosaku,
Allah.. ambillah diriku…
ujian dunia ini sangat hebat..
jangan Kau biarkan diri ini walau seketika..
tanpaMu aku hina. terlalu hina Allah…
Allah. aku tak ingin kecewakan sesiapa. aku tak ingin melukakan sesiapa…aku juga tidak ingin menganggu sesiapa
jika aku tak mampu menjaga ini,
Kau ambillah diri ini. andai ini yang terbaik.
Allah…
ambillah nyawa ini, disaat iman ku berada di kemucak.
kerana aku takut, aku kembali lagi kepada yang lama.
aku takut berjauhan denganMu
Allah…… moga diri ini tabah dan kuat. untuk hadapi setiap ujian. dan dikurniakn pengakhiran yang baik. Amiin
andai saya pergi.
sudilah maafkan salah silap saya yang terlalu banyak.
doakan saya…
jangan tangisi.. kerana ini memang impian saya.
bila semua telah selesai, biarlah Allah ambil saya.
dalam keadaan iman saya terbaik.
  • jagalah Allah. Allah akan menjagaMu..
  • Allah pada kita, adalah seperti apa yang kita fikirkan.
Ingatlah,
ALLAH BOLEH MENJEMPUT DIRI BILA-BILA MASA.


- ENCHANTEDNAJIHA

p/s: copied from fb , page Aku Islam :)

Catat Ulasan


Assalamualaikum and thanks for reading!


Newer Post
Older Post