//Little Sweet Girl


Holla!

1 2 3

My Baby Boo




Tinggalkan Jejak



Past Posts



Credits

© 2013 - Full Template by Anugerah Salsa and the basecode from Arrien Amani . Cute icon from Pixel.
" Duduk Diam Untuk Gaza "
Ahad, 25 November 2012 | 0 Magic (s)

                                                          @KLCC , 25 November 2012


Barangkali,
tatkala himmah kita membara,
hamasah kita jua terbakar.

Barangkali jua,
telinga dan hati kita turut terbakar sama,
dek kata-kata mereka yang bagaikan mesingan,
prap prap prap, trut trut trut,
mereka-mereka yang fikrahnya berlainan,
dengan kamu-kamu, saya-saya dan dia-dia.

"Eleh, setakat duduk je baik takyah. Bukannya dapat tolong rakyat Palestin pun. Bazir masa je."

"Oi, baik kau pergi join NGO mana-mana tolong dorang kat Gaza tu la. Merepek-repek je duduk kat tengah-tengah KLCC. Buang tebiat betui."

"Kau tau tak?! Rakyat Gaza perlukan kau menderma, bukan kau duduk cam tong sampah kat KLCC tu, kau tau tak hah?!"

"Duduk diam je? Kau sedar tak kita ada tugas yang lebih besar? Itupun confirm ke dapat jaga ikhtilat sebaik mungkin?"

Sayang.

Apakah mereka celik,
akan apa yang sedang kita bina?

Apakah mereka sedar,
akan apa yang sedang kita semai?

Sedangkan mereka tiadalah menaiki gerabak yang sama.
Mereka tiadalah ingin menumpang seketika,
dan mengambil ibrah daripada semua-semua ini.
Kerna, destinasi kita-kita sama.
Jannatul Firdausi,
kampung halaman kita yang tercinta.

Tidak sama sekali.
Tidak sama mereka yang merasai, dengan yang tidak merasai.
Tidak sama mereka yang menjiwai dengan yang tidak menjiwai.
Tidak sama sekali mereka yang menaiki gerabak ini,
dengan mereka yang menaiki gerabak itu.
Tidak, tidak sama sekali, ya Rijal, ya Nisa'.

***

Sungguh,
hati itu begitu mudah berbolak-balik.

Kadangkala himmah kita tiada tandingannya,
kadangkala jua himmah kita tiada adanya.

Kadang-kadang hamasah kita membara-bara,
kadang-kadang jua hamasah kita memati-mati.

Dari hari pertama,
hinggalah ke saat kita duduk di atas lantai KLCC yang basah dek hujan itu,
boleh jadi, hati kita senantiasa berbolak-balik.

"Ish, ramai ke tak pergi ni. Macam mustahil je 2,000 orang nak datang. Jangan-jangan 50,60 je datang. Baik aku takyah pi camtu."

"Adeh, ada kawan ajak pi tengok wayang la pulak. Nak pergi ke tak DDUG ni, macam best lak cite ni. Dah la dia offer nak belanja."

"Allah, macam nak hujan je. Karang basah kuyup. Sia-sia je basuh baju. Takpe kot kalau aku takde. Bukannya ada efek pun."

Dan pabila kita duduk,
maka kita telah berjaya.

Kita telah berjaya,
menjadi Panglima Tariq bin Ziyad.
Yang telah menetapkan hati para Mujahid,
dalam mengejar Syahid, dan kemenangan Islam,
dengan membakar kapal-kapal mereka,
yakni jalan pulang ke dunia mereka.

Pabila kita duduk,
dikelilingi mereka-mereka yang bersama dalam gerabak kian laju ini,
kita telah berjaya membakar jalan pulang,
kepada tarikan dunia yang senantiasa menggoda kita.
Kepada bisikan was-was yang meniup halus angin ragu-ragu ke dalam hati kita.
Dan kepada mereka-mereka yang bernama al-Hawa dan an-Nafs.

Allah telah berjanji kepada kita,
tatkala kita mengucapkan,

"Aku akan ke DDUG kerna Allah."

Maka pada saat itulah Allah telah menguji kita,
dengan cara-cara yang Dia Maha Mengetahui.

"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"

-Al-'Ankabut 29:2-

***

Nabi Ibrahim,
kisahnya telah diabadikan dalam al-Quran,
wahyu Allah yang diturunkan pada kita-kita,
bagi dijadikan petunjuk, dan rujukan.
Bagi dihidupkan dalam hati-hati kita, wahai saudaraku.

Nabi Ibrahim telah meminta kepada Allah,
agar dihidupkan kembali yang mati,
dan Allah telah mempersoal,
apakah Nabi Ibrahim belum percaya akannya.
Dan Nabi Ibrahim telah berkata,

"Aku percaya, tetapi agar hatiku tenang (mantap)."

-Al-Baqarah 2:260-

***

Setiap daripada kita,
memerlukan sesuatu bagi ditetapkan hati.
Agar tiadalah ia berbolak-balik,
melainkan ianya baik buat Ummah.

Tiada kebetulan dalam Islam,
dan tiadalah takdir Allah yang sia-sia.
Sungguh,
Allah itu Maha Mengetahui,
akan segala sesuatu,
akan apa yang terbaik buat hambaNya.

Ada sebab Allah hadirkan mereka-mereka yang memperlekeh usaha kita.
Ada sebab Allah hadirkan hujan pada petang semalam.
Ada sebab Allah hadirkan hanya 500 orang semalam.
Ada sebab Allah hadirkan para pengawal.
Ada sebab Allah takdirkan kita lambat menyusun diri.
Ada sebab Allah takdirkan para photographer terpaksa turun dari Skybridge tanpa hasil
Ada sebab Alllah takdirkan Dr Hafizi datang dan memimpin bacaan doa.
Ada sebab Allah takdirkan kita bertemu dengan mereka-mereka di sebelah kita.

Ada sebab, ya Rijal.
Ada sebab, ya Nisa'.
Ada sebab.

.....................

Celikkah kamu, wahai Rijal-rijal Mukmin?
Sedarkah kamu, wahai Nisa'-nisa' Muslim?

Allah sedang mentarbiyah kita.
Allah sedang mempersiap kita.
Allah sedang menyapa kita.

"Aku telah tunjukkan kepada engkau, perkara yang engkau sangka mustahil iaitu hadirnya ramai Khalifah-khalifahku ke majlis ini, agar engkau senang hati melihatnya dan tetap hati engkau dalam mengejar redhaKu. Maka, apakah telah tetap hati kau, dalam larian engkau ke SyurgaKu?"

"Aku telah tunjukkan kepada engkau, bahwa engkau tiadalah berseorangan. Aku telah menghadirkan mereka-mereka dalam hidup engkau, agar engkau bergembira. Agar engkau terus thabat. Kerna, Aku tiadalah memerlukan engkau, tetapi engkaulah yang memerlukan aku."

"Dan Aku telah tunjukkan kepada engkau, bahwa engkau tiada hak ke atas hati-hati hamba-hambaKu. Aku jualah yang menggerakkan mereka-mereka itu. Perginya mereka ke majlis ini adalah kerana Aku, dan tidak perginya mereka jua adalah kerana Aku. Tugas engkau hanyalah menyampai. Berusaha dan bertawakal. Jika engkau faham."

Sudah tiba masanya,
untuk kita bangkit.

Sudah tiba masanya,
untuk kita bangun.

Allah tiadalah menggerakkan hati kita,
melainkan digerakkan jua hati yang lagi satu itu.

Maka percayalah,
tatkala kamu-kamu tergerak hati untuk memperjuang agamaNya,
Allah telah menggerakkan hati mereka-mereka untuk memperjuang agamaNya jua.

..........


"... iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya."

"... dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna."

"... dan orang yang menunaikan zakat."

"... dan orang memelihara kemaluannya."

"... orang yang memelihara amanat dan janji-janjinya."

"... serta orang yang memelihara salatnya."

- Al-Mu'minun 23:1-11-

Ayat-ayat dalam surah Al-Mu'minun,
tatkala diberitahu ciri-ciri para Mukmin,
sangat ringkas, dan straight to the point.
Kerna, Allah sedang menegur kita, sayang.

Allah sedang memberitahu kita,
yang inilah jalan yang satu,
yang Aku redhai.

Lakukan ia dengan hati yang tetap,
akan jadilah engkau dalam golongan mereka yang beriman.

***

Wahai saudara-saudara yang ku kasihi sekalian,

Boikot barangan Israel itu bagus.

Tembakkan doa bertubi-tubi itu jua bagus.

Duduk diam untuk Gaza itu lagi lagi lagi bagus,

sebab ianya Weekenders yang organise (promote sat, mwehehe).

Tapi kita ada sesuatu yang lebih besar yang perlu dibuat,

iaitu beriman kepada ayat Allah,

"... Kobarkanlah semangat para Mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, karena orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti."

- Al-Anfal 8:65 -

Celikkah anda, Rijal-Rijal Mu'minin?
Nampakkah anda, Nisa'-Nisa' Mu'minat?

Kita tak perlukan 1.5 billion orang Islam di dunia ini,
yang kita perlukan hanyalah segolongan orang yang bergelar Mukminin,
golongan yang beriman kepada Surah al-Mu'minun,
dan hidup berpandukannya.

Dan yang kita perlukan adalah membangkitkan semangat mereka,
sedarkan mereka dengan cepat,
dan kobarkan himmah mereka.

Kita perlu memastikan mereka mengenal erti tajarrud.
Kita perlu menyedarkan mereka akan pentingnya menyerahkan segalanya kepada Islam.

Sungguh,
kebangkitan kedua itu sudah dekat,
kemenangan Islam itu pasti.

Dan kita bakal menjadi Mujahidin Mujahidah,
yang para Syuhada' sedang menanti dengan penuh gembira.

Allahu Allah!

".. mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka..."

- Ali 'Imran 3:169 -

Sumber : Hamasah As-Syabab




p/s : Allah T.T .... Jangan hanya baca , doa sekali ye :)

Label: ,

Catat Ulasan


Assalamualaikum and thanks for reading!


Newer Post
Older Post